- Ilmu yang mengkaji bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.
Apakah itu sumber ekonomi?
- Sumber Ekonomi = Faktor Pengeluaran = Input Pengeluaran yang terdiri daripada :
1- Tanah
2- Modal
3- Buruh
4- Usahawan
Tanah ialah sumber semula jadi atau anugerah daripada alam semula jadi yang meliputi sumber yang boleh diperbaharui (contoh: hutan dan lautan) dan sumber yang tidak boleh diperbaharui (contoh: bijih timah dan petroleum)
Ganjaran kepada pemilik tanah : Sewa
Modal ialah wang/mesin/jentera yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Ganjaran kepada pemilik modal : faedah
Buruh ialah individu yang menyumbang tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.
Ganjaran kepada buruh : upah
Usahawan ialah individu yang mahir mengabungkan dan mengunakan faktor-faktor pengeluranan (tanah, modal dan buruh) untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
Ganjaran kepada usahawan : untung
Apakah maksud kehendak?
Keinginan manusia yang tidak terbatas untuk memiliki pelbagai jenis barang dan perkhidmatan.
Rumusan maksud ekonomi
No comments:
Post a Comment