Thursday 5 January 2017

Bab 1 - Pengenalan kepada Perakaunan (Part 4)



1.6 SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN



1.7 SUB BIDANG PERAKAUNAN

1. Perakaunan Kewangan
-melibatkan proses perekodan maklumat kewangan bagi sesebuah perniagaan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum.
-data yang direkod akan diringkaskan dan dipersembahkan dalambentuk penyata kewangan.
-laporan analisis penyata kewangan akan digunakan oleh pihak berkepentingan (dalaman dan luaran) untuk membuat keputusan dan perancangan.

2. Perakaunan Pengurusan
-perakaunan pengurusan menjurus kepada penyediaan maklumat untuk pihak pengurusan (pengguna dalaman) membuat keputusan dan perancangan masa hadapan.
-akauntan menggunakan data yang lepas untuk membantu pengurusan membuat anggaran serta mengenal pasti tindakan alternatif sebelum membuat sesuatu keputusan.

3. Audit
-audit adalah proses pemeriksaan bebas dan sistematik terhadap penyata kewangan bagi memastikan penyediaan penyata patuh dengan kriteria perakaunan
-pengauditan adalah termasuk pemeriksaan dokumen bagi memastikan kesahihan urusniaga, mengesahkan rekod perakaunan telah disediakan mengikut standard perakaunan dan pengeluaran laporan dan pendapat juruaudit keatas penyata kewangan (gambaran benar dan saksama).

4. Percukaian
-perakaunan percukaian adalah termasuk nasihat dan perundingan percukaian, perancangan cukai dan penyediaan penyata cukai.
-sebarang pindaan terkini Akta Percukaian Malaysia perlulah diikuti oleh akauntan yang terlibat dalam bidang ini.

5. Sistem Maklumat Perakaunan
-ia merupakan satu sistem rekod yang digunakan bagi menyokong sistem perakaunan perniagaan.
-ia mengandungi rantaian prosedur yang perlu diikuti bagi menjana maklumat perakaunan yang akan digunakan oleh pengurusan bagi pembuatan keputusan.


1.8 PERSEKITARAN PERAKAUNAN DI MALAYSIA

Badan-badan perakaunan:

Malaysian Institute of Accountant (MIA)
-ditubuhkan dibawah Akta Akauntan 1967.
-mengawal selia akauntan mematuhi piawaian profesion dan etika.
-meningkatkan kompetensi ahli melalui pendidikan dan latihan
-menentukan kelayakan perakaunan badan profesion perakaunan dan universiti untuk menjadi ahli.
-mengendalikan latihan, pendidikan dan peperiksaan kepada bakal akauntan.

Malaysian Accounting Standard Board (MASB)
-ditubuhkan dibawah Akta Laporan Kewangan 1997.
-mengeluarkan piawai perakaunan baru sebagai piawai yang diterima, menilai, mengkajisemula atau mengguna piawai sedia ada sebagai piawai yang diiktiraf.
-mengeluarkan pernyataan prinsip untuk pelaporan kewangan.
-menentukan skop dan aplikasi piawai perakaunan.

The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)
-ditubuhkan pada 26 Julai1958 dibawah Ordinan Syarikat sebagai badan profesional.
-untuk memajukan teori dan praktis perakaunan.
-untuk mengambil ahli, mendidik, melatih dan menilai melalui peperiksaan.
-untuk mengekalkan kebebasan profesional akauntan setiap masa tanpa mengira kapasiti mereka sedang berkhidmat.
-untuk mengekalkan standard praktikal dan kelakuan profesional yang tinggi dalam kalangan ahli-ahlinya.

No comments:

Post a Comment