BAB 1 - PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
1.1 SEJARAH PERAKAUNAN-PENGENALAN
Simpanan
rekod perakaunan terawal dijumpai pada peninggalan sejarah zaman Babylon,
Assyria, Sumeria dan Mesir Purba, yang telah wujud sejak 3500 SM.
ZAMAN
PURBA MESIR
|
-
Menggunakan papyrus (kertas) dan calamus (pen) untuk tujuan perekodan.
-
Urus niaga lebih mudah dicatat dan lebih terperinci.
-
Dengan pengenalan cukai oleh Raja, perekodan perakaunan menjadi semakin penting.
-
Tidak banyak berkembang kerana masalah buta huruf dikalangan rakyat dan tiada
ukuran nilai piawai untuk pertukaran barang
|
ZAMAN
PURBA GREEK
|
-
Mata wang diperkenalkan, memudahkan catatan rekod perakaunan.
-
Catatan berbentuk keterangan digunakan untuk merekod penerimaan dan pembayaran.
-
Sistem catatan bergu belum lagi digunakan.
|
ZAMAN
PURBA ROM
|
-
Setiap isi rumah perlu menyimpan rekod perakaunan yang dinamakan adversaria.
-
Rakyat perlu menghantar penyata aset dan liabiliti kepada kerajaan bagi tujuan
percukaian.
-
Konsep belanjawan diperkenalkan untuk menyelaraskan pendapatan dan perbelanjaan
kerajaan dan mengenakan cukai mengikut kemampuan rakyat.
|
1.2 PERMULAAN CATATAN BERGU
- Luca Pacioli dinamakan Bapa perakaunan kerana beliau adalah orang pertama yang mendokumentasikan catatan bergu di dalam bukunya "Summa de Arithmetica, Geometria, Proportioni et Proportionalita"
- Rekod catatan bergu terawal ditemui di dalam buku akaun Messari di Bandar Genoa pada tahun 1340
- Sistem catatan bergu telah diperkembangkan oleh pedagang Itali pada lewat kurun ke 13
Summa de Arithmetica, Geometria, Proportioni et Proportionalita
1.3 FALSAFAH PELAPORAN KOS SEJARAH
DAN NILAI SAKSAMA
Falsafah
Kos Sejarah
- Oleh kerana ia adalah kos sebenar, amaun yang direkod adalah boleh dipercayai dan boleh disahkan (melalui invois, resit dll).
- Kos sejarah membantu pengurus untuk meramal jangkaan kos operasi pada masa hadapan menggunakan data lalu.
Falsafah
Nilai Saksama
- Falsafah ini dikatakan lebih relevan kerana ia membekalkan maklumat terkini yang selari dengan pasaran dan mengambil kira kesan inflasi keatas kos asal
- Persetujuan antara kedua-dua belah pihak perlu dicapai dalam sesuatu urusniaga.
KONSEP
PELAPORAN BERASASKAN NILAI SAKSAMA
Nilai
atau angka yang dilaporkan dalam penyata kewangan perlu diselaraskan semula pada
nilai pasaran sekiranya amaun asal (kos sejarah) tersebut tidak lagi menunjukkan
nilai yang saksama.
Nilai
saksama di dalam Kunci Kira-kira akan memberi gambaran lebih tepat tentang nilai
sesebuah perniagaan atau lebih jelas menunjukkan risiko yang mungkin ada dalam perniagaan
tersebut.
No comments:
Post a Comment