Hari ini kita masuk bab perakaunan untuk pengajian. Sebelum itu, apakah maksud pengajian?
Pengajian ialah urusan pengajian pekerja yang bekerja untuk mendapatkan ganjaran atau upah dalam suatu tempoh tertentu.
Senang cerita dapat duit setelah kerah tenaga (kerja) pada setiap akhir bulan. Nah, itu maksudnya pengajian/gaji.
Untuk faham bab ini, pelajar perlu tahu apa beza:
1- gaji kasar
2- gaji pokok
3- elaun tetap
4- elaun tidak tetap
Gaji kasar : jumlah pendapatan diterima sebelum potongan dibuat.
(Gaji pokok + elaun tetap+elaun tidak tetap)
Gaji pokok?
Gaji sebenar yang ditawarkan oleh majikan.
Elaun pula terbahagi kepada 2
i- elaun tetap
- Imbuhan yang diterima secara tetap setiap bulan. Contoh: elaun perumahan
ii- elaun tidak tetap
- Imbuhan yang diterima tidak tetap sama ada dari segi amaun atau bulan diterima. Contoh: elaun sara diri, elaun perjalanan dan elaun kerja lebih masa.
Penting untuk membezakan jenis pendapatan (gaji kasar, gaji bersih, elaun2) supaya pengiraan gaji lebih tepat khusus untuk pengiraan KWSP.
segala pertanyaan boleh emailkan ke akaunomi@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Maklumat tambahan : (i) Cek bernombor 2564 yang dikeluarkan kepada Syarikat John telah disahkan berlaku kesilapan catatan ...
-
1.6 SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN 1.7 SUB BIDANG PERAKAUNAN 1. Perakaunan Kewangan -melibatkan prose...
-
BAB 1 - PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.1 SEJARAH PERAKAUNAN-PENGENALAN Simpanan rekod perakaunan terawal dijumpai pada peninggalan ...
No comments:
Post a Comment