Bab 1 : Penyata Penyesuaian Bank (PPB)
Penyata
Bank
-
Penyata Bank ialah penyata yang dihantar oleh pihak bank pada setiap bulan
kepada peniaga yang membuka akaun semasa di bank.
-
Penyata Bank digunakan sbg rujukan oleh pihak peniaga tentang urus niaganya di
bank seperti deposit tunai, deposit cek, bayaran melalui cek, cas bank dan
faedah simpanan.
Buku
Tunai
- Buku Tunai merupakan akaun yang digunakan untuk merekodkan semua urus niaga tunai
- Terdapat dua jenis buku tunai - Buku Tunai Dua Lajur (gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank) dan Buku Tunai Tiga Lajur (gabungan Akaun Tunai, Akaun Bank dan Akaun Diskaun)
Perbezaan Buku
Tunai (BT) dan Penyata Bank (PB)
Peniaga -
Buku Tunai
|
Bank -
Penyata Bank
|
Mengeluarkan cek
|
Cek belum dikemukakan (cek yang dikeluarkan
oleh perniagaan kepada pemiutang tetapi belum ditunaikan oleh penerima cek)
|
Menerima cek
|
Cek belum didepositkan/dikreditkan (cek
daripada pelanggan telah didepositkan dalam bank)
|
Mengkreditkan Buku Tunai untuk cek tak layan
(mengeluarkan jumlah ini drpd baki Buku Tunai)
|
Cek tak layan (Cek tidak diterima
oleh bank untuk penjelasan disebabkan oleh baki akaun penghutang tidak
mencukupi atau kesilapan pada cek)
|
Mendebitkan Buku Tunai untuk hasil faedah dan kutipan
oleh bank (ia merupakan satu jumlah tambahan ke atas baki Buku
Tunai).
|
Hasil
faedah atas simpanan tetap ditambah ke dalam akaun peniaga dan kutipan oleh
bank automatik ditambah ke dalam akaun peniaga.
|
Mengkreditkan Buku Tunai untuk belanja bank (ia
merupakan satu belanja yang akan mengurangkan baki Buku Tunai).
|
Bank
caj belanja bank ke atas akaun peniaga.
|
No comments:
Post a Comment