1.9 KONSEP, PRINSIP DAN ANDAIAN PERAKAUNAN
1.
Berterusan
|
-konsep
ini mengandaikan sesebuah perniagaan akan beroperasi dalam jangka masa yang
tidak terbatas.
-urusniaga
akan direkod pada kos sejarah kerana perniagaan akan beroperasi dalam jangka masa
panjang
|
2.
Entiti Berasingan
|
-konsep
ini mengandaikan urus niaga entiti perniagaan adalah terasing daripada urus niaga
pemiliknya.
-memastikan
urusniaga peribadi pemilik tidak direkod ke buku perakaunan perniagaan.
-entiti
perniagaan boleh membeli aset atas nama sendiri, boleh mendakwa dan di dakwa di
mahkamah atas nama sendiri.
|
3.
Ketekalan
|
-penggunaan
kaedah perakaunan yang sama harus diteruskan dari tahun ketahun.
-membolehkan
prestasi perniagaan dalam sesuatu tempoh perakaunan dibandingkan dengan tempoh
perakaunan yang lain.
-perubahan
kaedah boleh dibuat dengan alasan yang kukuh, dan kesan perubahan ini perlu ditunjukkan
di dalam penyata kewangan untuk tahun-tahun sebelumnya.
|
4.
Materialiti
|
-butiran
yang mempunyai kepentingan relatif yang tinggi terhadap pembuat keputusan (mampu
mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat) akan dilaporkan di dalam penyata kewangan.
-butiran
kecil atau remeh boleh diabaikan.
-material
atau tidak sesuatu butiran itu bergantung pada nilai urusniaga atau saiz perniagaan.
|
5.
Wang Sebagai Ukuran
|
-konsep
ini menegaskan perekodan urus niaga hanya dibuat bagi urus niaga yang
dinyatakan dalam nilai wang.
-penggunanaan
nilai wang menghapuskan masalah ketidakseragaman dalam merekod urus niaga,
pelaporan serta perbandingan.
-aset
dan liabiliti dinyatakan dalam bentuk yang
boleh difahami (contohnya penggunaan nilai ringgit (RM)).
|
6.
Konservatisme
|
-menurut
prinsip ini, kerugian yang dijangkakan akan diambil kira sebagai belanja di dalam
Penyata Kewangan tetapi keuntungan yang dijangkakan tidak boleh diiktiraf sebagai
pendapatan sehingga keuntungan sebenar diperoleh
-penggunaan
prinsip ini untuk memastikan:
*
aset dan hasil tidak terlebih nyata.
*
liabiliti dan belanja tidak terkurang nyata.
*
kerugian mesti direkod walaupun belum lagi
berlaku.
*
keuntungan direkod hanya bila telah direalis.
|
7.
Asas Perakaunan Akruan / Pemadanan
|
-mengikut
konsep ini, pengiktirafan hasil di buat apabila hasil telah diperoleh, bukan hanya
apabila tunai diterima.
-pengiktirafan
belanja juga telah dibuat apabila belanja telah dikenakan, bukan hanya apabila
tunai telah dibayar.
-hasil
perlu dipadankan dengan belanja dikenakan dalam tempoh perakaunan yang sama untuk
mengira untung atau rugi.
|
8.
Tempoh Perakaunan
|
-merupakan
pembahagian hayat perniagaan kepada tempoh tertentu seperti sebulan, suku tahun,
setengah tahun atau setahun.
-memudahkan
penyediaan penyata kewangan dan membolehkan perbandingan prestasi dibuat antara
tempoh-tempoh tersebut.
|
9.
Kos Sejarah
|
-merupakan
kos sebenar yang dibayar atauditanggung sewaktu urus niaga tersebut berlaku.
-nilai
asal perolehan aset atau liabiliti sentiasa dinyatakan di dalam penyata kewangan
tahun-tahun berikutnya.
|
10.
Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama
|
-menurut
konsep ini, nilai atau angka aset dan liabiliti perlu disemak semula bagi memastikan
nilai di dalam buku perakaunana dalam nilai saksama (nilai pasaran).
-ini
supaya penyata kewangan memberi gambaran terkini tentang perniagaan dan para pelabur
dapat membuat penilaian dengan lebih tepat.
|
11.
Prinsip Catatan Bergu
|
-konsep
ini mengkehendaki setiap urus niaga direkod sekurang-kurangnya di dalam dua akaun,
di sebelah kiri (debit) dan di sebelah kanan (kredit) dengan jumlah yang
sama.
-memudahkan
penyemakan apabila jumlah debit dan kredit adalah seimbang.
|
2.0
CIRI KUALITATIF PENYATA KEWANGAN
1.
Kebolehfahaman
|
-pengguna
seharusnyadapat memaham imaklumat yang terkandung dalam penyata kewangan.
|
2.
Kebolehbandingan
|
-kaedah
penyediaan penyata haruslah tekal antara tahun dan antara perniagaan supaya perbandingan
boleh dibuat bagi pengukuran prestasi.
|
3.
Tepat Masa
|
-maklumat
haruslah diperoleh ketika ia diperlukan. Maklumat yang lewat diterima tidak lagi
dapat digunakan untuk tindakan.
|
4.
Relevan
|
-maklumat
perakaunan yang dibekalkan mestilah bersesuaian (relevan) dengan tujuan maklumat
itu diperlukan
|
5.
Kebolehpercayaan
|
-maklumat
bebas dari ralat dan kesilapan.
-bebas
daripada pengaruh atau kepentingan pihak tertentu
|
No comments:
Post a Comment