Friday 3 March 2017

Bab 2 - Perakaunan untuk Pengajian (Part 1)

Hari ini kita masuk bab perakaunan untuk pengajian. Sebelum itu, apakah maksud pengajian?

Pengajian ialah urusan pengajian pekerja yang bekerja untuk mendapatkan ganjaran atau upah dalam suatu tempoh tertentu.

Senang cerita dapat duit setelah kerah tenaga (kerja) pada setiap akhir bulan. Nah, itu maksudnya pengajian/gaji.

Untuk faham bab ini, pelajar perlu tahu apa beza:
1- gaji kasar
2- gaji pokok
3- elaun tetap
4- elaun tidak tetap


Gaji kasar : jumlah pendapatan diterima sebelum potongan dibuat.
(Gaji pokok + elaun tetap+elaun tidak tetap)

Gaji pokok?
Gaji sebenar yang ditawarkan oleh majikan.

Elaun pula terbahagi kepada 2
i- elaun tetap
- Imbuhan yang diterima secara tetap setiap bulan. Contoh: elaun perumahan

ii- elaun tidak tetap
- Imbuhan yang diterima tidak tetap sama ada dari segi amaun atau bulan diterima. Contoh: elaun sara diri, elaun perjalanan dan elaun kerja lebih masa.

Penting untuk membezakan jenis pendapatan (gaji kasar, gaji bersih, elaun2) supaya pengiraan gaji lebih tepat khusus untuk pengiraan KWSP.

segala pertanyaan boleh emailkan ke akaunomi@gmail.com

Thursday 12 January 2017

Bab 1 : Penyata Penyesuaian Bank (PPB) Ulangkaji



Maklumat tambahan :
(i)         Cek bernombor 2564 yang dikeluarkan kepada Syarikat John telah disahkan berlaku kesilapan catatan dalam buku tunai.
(ii)        Cek yang diterima daripada Abu pada 26 Oktober 20X1, dipulangkan oleh bank dengan tanda “Rujuk Penyuruh Bayar”.

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Oktober 20X1 dengan :
(a) Tanpa mengemaskini Buku Tunai bermula baki di Buku Tunai
(b) Tanpa mengemaskini Buku Tunai bermula baki di Penyata Bank
(c) Mengemaskini di Buku Tunai

LATIHAN 2

Kedai Zanariah telah menerima Penyata Bank untuk bulan Mei 20X1 yang menunjukkan baki yang berbeza dengan baki Buku Tunai. Berikut ialah Buku Tunai dan Penyata Bank bagi bulan tersebut.



Maklumat tambahan :
(i)         Cek drpd Perniagaan Moto yg dibankkan pada 7 Mei telah disahkan berlaku kesilpan catatan dlm Buku Tunai.
(ii)        Cek yg diterima drpd Seri Mutiara pd 28 Mei, dipulangkan oleh bank dgn tanda “Rujuk Penyuruh Bayar”.

Anda dikehendaki:
(a)          Mengemaskini di Buku Tunai Kedai Zanariah
(b)          Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Mei 20X1
 
LATIHAN 3

Suzana, seorang peniaga tunggal menerima Penyata Bank bagi bulan September 20X1.Beliau mendapati baki akhir Penyata Bank berbeza dengan baki Buku Tunai seperti berikut :
RM
Penyata Bank                                             164        (Debit)
Buku Tunai                                                  3 500

Setelah Suzana membandingkan Penyata Bank dengan Buku Tunai, perkara berikut ditemui:
(i)         Arahan tetap untuk bayaran premium RM 595 belum direkod dalam Buku Tunai
(ii)        Cek RM1 300 untuk sewa dan RM 489 kepada Suhaimi belum dikemukakan kepada
bank.
(iii)       Dividen RM 780 drpd Sentosa Berhad dan caj bank RM 78 belum direkod dalam Bank Tunai.
(iv)       Cek RM4 300 drpd Syarikat Melati telah didepositkan pada 10 September 20X1, tetapi belum dikreditkan oleh bank.
(v)        Cek RM 900 yang diterima drpd Salwa telah dipulangkan oleh bank bertanda “Rujuk penyuruh bayar” tetapi belum direkodkan dalam Buku Tunai.
(vi)       Cek RM 180 kpd Daud telah didebitkan oleh bank tetapi direkod di sebelah debit Buku Tunai.

Anda dikehendaki :
(a)          Mengemaskini Buku Tunai pada 30 September 20X1
(b)          Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada tarikh yang sama, bermula dengan baki Buku Tunai yang telah dikemaskini.
 
LATIHAN 4

Buku Tunai Ah Seng pada 30 Jun 20X1 menunjukkan baki debit RM1 120 tetapi Penyata Bank bagi bulan itu menunjukkan baki yang berbeza. Dia mendapati perbezaan itu disebabkan oleh perkara2 yg berikut:

(i)         Bank belum mengkreditkan akaunnya dengan cek2 berjumlah RM2 780 yang telah dibankkan pada 29 Jun 20X1
(ii)        Ah Seng telah membayar sekeping cek bernilai RM1 230 kepada Tye Hua Bhd. Tetapi tersalah catat dalam Buku Tunai sebanyak RM1 320
(iii)       Bank telah mengenakan faedah RM 94 atas overdraf dan caj RM 15 untuk buku cek. Kedua-duanya tidak dicatatkan dalam Buku Tunai
(iv) Beberapa cek bernilai RM 955 telah dikeluarkan kpd pembekal-pembekalnya, tetapi belum dibayar balik oleh bank.
(v)        Bank telah mengkreditkan akaunnya dengan RM 146 yang dibayar terus oleh Justina, seorang penghutangnya

Anda dikehendaki :
(a)          Mengemaskini Buku Tunai Ah Seng
Menyediakan satu Penyata Penyesuaian Bank pada 30 Jun 20X1